Khamis, 26 April 2012

Kebaikan Bersenam

Dicatat oleh Unknown di 4/26/2012 08:56:00 PTG 0 ulasan
Empat komponen kecergasan fizikal.

Ketahanan kardiovaskular:
• Ini ialah keupayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa
oksigen ke semua sel dalam badan.
• Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan
paru-paru. Senaman ini juga melibatkan kumpulan otot-otot besar bahagian kaki,
lengan dan bahu.

2. Kecergasan otot melibatkan:

• Dimulakan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15 minit.
• Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30
minit.

3. Kemudahlenturan/fleksibiliti - kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa
ketidakselesaan.

4. Komposisi badan - Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim
otot termasuk tulang dan jisim lemak.

Kebaikan Senaman:

• Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
• Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
• Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
• Mempertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan.
• Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
• Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
• Mempertingkatkan kawalan glukos.
• Melambatkan osteoprosis.
• Berpeluang bergaul dengan orang ramai.

Program Sesi Senaman

• Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat:
1. Sesi Memanaskan Badan.
2. Sesi Senaman Aerobik.
3. Sesi Menyejukkan Badan.

• Kekerapan - 3 hingga 5 kali seminggu.
• Intensiti - mengikut kemampuan anda
1. Sesi Memanaskan Badan

• Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti sebenar.
• Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.
• Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :-
a. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit.
b. Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan
diakhiri dengan regangan.
2. Sesi Senaman Aerobik

• Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan.
• Jangkamasa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan anda.
Kenalpasti tahap kemampuan anda
3.Sesi Menyejukkan Badan

• Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidak selesaan.
• Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk:-
a.Jangkamasa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
b.Ulang semula sesi memanaskan badan .

Garis Panduan Untuk Memilih Program Latihan Senaman

1. Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda.
2. Lakukan secukupnya untuk mendapat manafaat. Selain daripada itu ia
hendaklah menyeronokkan.
3. Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan berlebihan.
4. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya anda
mengalami masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti.
5. Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh.
6. Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalu
kasar dan tersentak.
7. Jangan berhenti secara tiba tiba semasa melakukan senaman. Kekalkan
gerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman.
8. Tetapkan jadual harian senaman anda.

Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri
1K3
Smiles19

Selasa, 24 April 2012

Kebaikan Makan Epal hijau

Dicatat oleh Unknown di 4/24/2012 10:19:00 PTG 0 ulasan

Apples & Chinese Nutrition
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Post By
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19

Manfaat Sarapan Pagi

Dicatat oleh Unknown di 4/24/2012 10:10:00 PTG 0 ulasan

Fakta menunjukkan bahawa sebagian di antara kita selalu membiarkan keadaan perut kosong pada waktu pagi. Alasan tiada masa untuk bersarapan atau menganggap bahawa makan pagi hanya akan membuat badan gemuk ia adalah tidak benar sama sekali. Disini diterangkan manfaatnya dan penjelasan mengapa sarapan memberi kebaikan bagi tubuh:

Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah bagi pelajar. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja, walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Post By
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19

Rabu, 18 April 2012

Biodata Perdana Menteri Malaysia Ke-2

Dicatat oleh Unknown di 4/18/2012 11:31:00 PTG 0 ulasan

Nama : Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
Lahir : 11 Mac 1922,
di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
Pendidikan : Sekolah Melayu Langgar, Pekan.
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK.
1940 - Raffles College Singapura - Pentadbiran
1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang.
1950 - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law.

Kerjaya
1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang.
1955 - Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan -
bertanding pilihanraya pertama dan menang,
 Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak
yang menentukan sistem Pelajaran Negara pada 16.05.1956.
Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana
usaha gigih beliau naikkan taraf luar bandar.
1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa.
 Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani.
14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke
rahmatullah di London.
Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara

Post By,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19

Biodata Perdana Menteri Malaysia Pertama

Dicatat oleh Unknown di 4/18/2012 11:29:00 PTG 0 ulasan

Biodata Perdana Menteri Malaysia

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar,
Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak
yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara,
seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara,
ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb),
seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara
biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.
Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid,
telah pun berumur 30 tahun ketika itu

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Masa Peristiwa
1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap
 bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid,
iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman.
Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.  

1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki
 Penang Free School.
1919 (umur 16): Belajar di England.
1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk
belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya
tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan
undang-undang di Inner Temple.
1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak
RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan
di Kuala Nerang.
1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan
Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933,
Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan
Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki
bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang,
Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya
Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British,
Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan
Violet kurang direstui.
1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.
Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan
Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk
menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.
Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula
dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang
akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan
Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .
Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah
adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu ,
Kelantan pada 8 Disember.
1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk
menyambung pengajian * 1948 (umur 45):
Dipanggil ke bar di Inner Temple.
1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya,
beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.
Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya
dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946: Menyertai UMNO.
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu
 Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan
Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri
yang pertama di Kedah.
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk
berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu,
tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang
 pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional)
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.
Satu lagi rombongan ke London diadakan.
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England,
Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat
kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka,
 yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama
Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM),
sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam
menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of
Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu,
Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September,
apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada
 persatuan yang lebih besar, iaitu
Association of Southeast Asian Nations.
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya,
Datuk Abdul Razak Hussein.
1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau
Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan
di Makam Diraja Langgar di Alor Star. 

Post By,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19

Selasa, 17 April 2012

Petua Menjaga Kesihatan Mata

Dicatat oleh Unknown di 4/17/2012 11:35:00 PTG 0 ulasan

1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit),  biarpun berjam-jam di depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.
3. Amalkan senaman untuk mata anda.
Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya

Post By,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19

Tips Untuk Sentiasa Bersemangat Tinggi

Dicatat oleh Unknown di 4/17/2012 11:29:00 PTG 0 ulasan
1. Anda perlukan disiplin diri yang kuat.
2. Terus bangkitkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
3. Berada di sekitar atau dalam lingkungan golongan orang yang akan membuatkan kita bersemangat untuk maju.
4. Jangan berhenti berimaginasi untuk kejayaan.
5. Hindari pernyataan diri yang akan menurunkan semangat kita, seperti “aku sudah terlambat untuk memulakannya”, “aku terlampau muda”, “aku terlampau tua”, “aku tidak berbakat”, “aku tidak secerdas mereka”, “pendidikanku tidak sehebat mereka”, “aku tidak kaya seperti mereka”, dan sebagainya.
6. Terus tanamkan ion-ion positif di dalam fikiran kita. Jaga fikiran supaya sentiasa berfikiran positif.
7. Jangan biarkan ion negatif masuk dalam fikiran kita. Buangkan jauh-jauh fikiran negatif.
8. Bergembiralah kalau ada orang yang berjaya, kemudian berdoalah agar kita boleh kejayaan seperti mereka.
9. Segera lakukan tindakan terhadap apa yang kita inginkan. Perjalanan ribuan kilometer hanya akan bermula daripada langkah pertama, yang kemudiannya akan disusuli dengan langkah-langkah berikutnya.
10. Selalulah membaca buku motivasi yang boleh membangkitkan semangat kita.
11. Pilih tayangan TV, mendengar radio atau lain-lain yang memberikan semangat.
12. Bila kita sedar bahawa kita sedang tidak bersemangat, atau semangat yang makin menurun, maka segeralah bangkit, dan kobarkan kembali semangat kita.

Post By,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19

Petua Menjaga Pakaian Warna Gelap

Dicatat oleh Unknown di 4/17/2012 11:24:00 PTG 0 ulasan
Petua Penjagaan Pakaian Berwarna Gelap

Mencuci – Mencuci pakaian berwarna gelap perlu berhati-hati agar ia tidak pudar dan tetap berwarna gelap.
  • Jangan merendam pakaian berwarna gelap lebih daripada  15 minit
  • Gunakan detergent untuk pakaian berwarna dan elakkan detergent yang mengandungi pemutih pakaian
  • Semasa anda menjemur pakaian, pastikan bahagian luar baju diterbalikkandan diletakkan di dalam. Kemudian gantung dengan hanger.
Menyeterika – Seringkali kita lupa dan tidak menyedari bahawa panasnya seterika juga boleh merosak warna pakaian.
  • Suhu seterika mesti pada tahap suhu “medium”, jangan terlalu panas.
  • Terbalikkan baju anda ketika menyeterika (seperti menjemur), kemudian baru dibalikkan lagi semasa melipat)
Menyimpan – Menyimpan pakaian pun  harus lebih cermat, agar ia tetap bersih dan kelihatan baru.
  • Jangan menyimpan pakaian di tempat yang terdedah pada sinar matahari secara langsung. Jangan menyimpan di tempat yang lembab kerana akan merosakkan pakaian. Perhatikan suhu almari anda. Sediakan penyerap air agar almari anda tetap kering dan tidak lembab.
  • Jangan simpan minyak wangi (perfume) atau cologne secara langsung pada baju kerana alkohol boleh merosakkan warna baju atau pakaian.
Post By,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19

Petua Melicinkan Kulit Muka

Dicatat oleh Unknown di 4/17/2012 11:22:00 PTG 0 ulasan
Petua Melicinkan Kulit Muka

Daun Pegaga:
1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.
2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.
3. Campurkannya dengan sedikit air.
4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga tadi.
5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati.
6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.
Lobak Merah:
1. Ambil sebiji terung muda.
2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda,terutamanya di bahagian dahi dan pipi.
3. Jangan dibuang dulu terung tersebut. Sebaliknya, potong lagi selapis bahagian dalam terung tersebut. Kemudian, ulang langkah nombor. 2.
4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.
Cekur:
1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.
2. Giling cekur tadi sampai lumat.
3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.
4. Sapukan campuran tadi ke muka anda.
5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.
6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.
7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.
8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Post By,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19

Sabtu, 14 April 2012

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Dicatat oleh Unknown di 4/14/2012 01:46:00 PTG 0 ulasan
Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV,
hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.
  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.
  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.
  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.
  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.

Post By,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19
SMKSB

8 Tips Kuruskan Badan dengan Cara Sihat

Dicatat oleh Unknown di 4/14/2012 01:40:00 PTG 0 ulasan

8 Tips Kuruskan Badan Dengan Cara Yang Sihat

Pemakanan Seimbang
1. Piramid makanan
Anda harus belajar untuk membuat susunan keperluan makanan anda dalam bentuk piramid. Pastikan urutannya bersesuaian seperti yang anda perlukan diikuti dengan panduan cara diet yang betul dan bagus untuk kesihatan. Dengan cara ini, ia akan memberitahu atau mengingatkan anda makanan yang boleh anda masukkan ke dalam menu pemakanan harian anda dan berapa jumlah yang perlu diambil setiap hari. Keperluan ini bergantung kepada setiap individu kerana ia berbeza mengikut keperluan tubuh badan masing-masing. Dengan ini, ia akan menunjukkan bagaimana anda boleh menjalankan diet yang seimbang dengan mengikut urutan daripada piramid pemakanan tersebut.
2. Perhatikan warna
Semasa hendak memilih buah atau sayuran, pilihlah yang warnanya terang dan kelihatan segar. Elakkan buah atau sayur yang warnanya sudah pudar atau kelihatan lebam. Buah-buahan seperti anggur atau kranberri kaya dengan bahan kimia semulajadi yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit seperti kanser dan masalah jantung. Manakala sayuran yang berdaun hijau, lobak merah, kentang dan bayam juga kaya dengan zat tertentu yang membantu mencegah penyakit.3. Jangan lupakan serat
Pastikan anda mengambil serat dalam menu anda setiap hari. Caranya mudah, banyakkan makan buah dan sayuran serta pastikan anda minum air yang cukup (8 gelas sehari). Serat penting untuk membantu proses pencernaan anda sihat dan mampu bekerja dengan baik.4. Bakteria baik juga penting
Bukan semua bakteria itu jahat dan boleh mendatangkan penyakit. Ada juga bakteria yang membantu tubuh untuk menjalankan tugas dengan lancar dan ia dianggap bakteria yang baik kerana memberi faedah untuk tubuh kita. Antara contoh makanan yang mengandungi bakteria baik adalah seperti yogurt yang bagus untuk dimasukkan ke dalam menu pemakanan/diet anda. Ini kerana ia mengandungi bakteria yang membantu menjaga saluran pencernaan agar dapat berfungsi dengan baik selain membantu menangani bakteria jahat yang masuk melalui makanan yang anda makan. 

Salmon dan Tuna
5. Rahsia ikan laut
Walaupun sedang berdiet atau dalam proses menguruskan badan, bukan bermakna anda harus menghindari lemak sepenuhnya. Ini kerana tubuh juga memerlukan lemak untuk kesihatan. Yang penting, anda memilih lemak yang baik untuk keperluan tubuh. Anda boleh memperolehinya melalui ikan laut seperti salmon dan tuna. Lemak pada ikan ini (omega 3) membantu untuk kesihatan jantung. Malah, ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi.
6. Khasiat kacang soya
Amalkan makan makanan berasaskan soya setiap hari kerana ia membantu menurunkan kadar kolesterol dan kaloridalam tubuh selain membantu melindungi anda daripada serangan sakit jantung. Makanan yang dihasilkan daripada kacang soya ada banyak seperti taufu, minuman, tepung dan banyak lagi.7. Jangan lupakan air putih
Sentiasa pastikan anda minum air putih yang cukup setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air amat penting untuk menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Tambahan pula keperluan minum untuk tubuh juga seiring dengan pertambahan usia.8. Lakukan senaman
Selain faktor pemakanan seperti di atas, jangan lupa anda perlu lakukan senaman atau olahraga secara konsisten kerana ia juga membantu mengatasi berat tubuh daripada bertambah.

Amalkan Diet Yang Sihat

Walau sibuk bagaimana sekalipun, jangan abaikan pemakanan harian anda kerana diet yang baik dan seimbang penting bukan hanya untuk kuruskan badan dan kecantikan, tapi juga untuk kesihatan tubuh.
Jadikan diet yang sihat sebagai rutin agar setiap hari yang anda lalui akan sentiasa sihat, cergas dan tak risau dengan penambahan berat badan. Malah cara diet yang betul bukan semata-mata untuk kuruskan badan, tetapi juga mengelakkan anda daripada pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes dan stroke

Post By,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19
SMKSB

Iran sembunyikan jualan minyak

Dicatat oleh Unknown di 4/14/2012 09:57:00 PG 0 ulasan

LONDON 14 April - Iran dipercayai menyembunyikan penjualan minyaknya dengan mematikan sistem pengesan kapal tangki negara itu sekali gus menyukarkan usaha menilai jumlah eksport minyak, selepas sekatan oleh kuasa Barat.
Kebanyakan 39 kapal tangki Iran itu kini ``tidak dikesan dalam radar’’ selepas Tehran mengarahkan kapten-kapten kapal National Iranian Tanker Co (NITC) supaya mematikan kotak hitam ``transponders’’ yang biasa digunakan dalam industri perkapalan untuk memantau pergerakan kapal.
``Iran yang dibantu oleh pelanggan-pelanggannya cuba mengelirukan seberapa banyak yang boleh," kata seorang eksekutif kanan sebuah syarikat minyak nasional yang telah melakukan perniagaan dengan Iran. - REUTERS

post by
Nor Fatiratul Amal
1K3
smiles 19

Gempa Bumi(info)

Dicatat oleh Unknown di 4/14/2012 09:50:00 PG 0 ulasan

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang.

Nor Fatiratul Amal
1K3
SMKSB

Jumaat, 13 April 2012

Umat Islam Di Sweden Berpuasa 18 Jam Sehari

Dicatat oleh Unknown di 4/13/2012 10:34:00 PTG 0 ulasan

Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun 2011 ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah.
Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.

Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.
"Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.

"Islam memberikan umatnya banyak pilihan," kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.
Bermula 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa.
Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.
Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.

"Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan," kata Omar.

Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.

"Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat," kata pegawai media Coop, Louise Stephan.
Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu.

Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri
1K3
Smiles19

Seorang Kerani Kerajaan Menang Who Wants to be Millionaire

Dicatat oleh Unknown di 4/13/2012 10:24:00 PTG 0 ulasan
Lelaki ni dah jadi kaya....dia menang duit AS$1 juta.Kalau dalam duit Malaysia,mencecah sampai 3 juta lebih. Banyak tu...Sebab tu la orang kata akal itu lebih tajam berbanding tajam mata pedang.Betul la tu...mata pedang tajam macam manu pun kalau jual berapa ringgit ja yang boleh dapat.

Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.
Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire.

Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.
Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul.

"Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan.
Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada minggu depan.
Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set televisyen.

Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik-beradiknya membuka perniagaan kecil.

Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri
1K3
Smiles19

Pasangan kembar

Dicatat oleh Unknown di 4/13/2012 10:09:00 PTG 0 ulasan
Pasangan kembar yang sukar dipisahkan.
 
Pasangan kembar seiras, Caroline Paxton dan Elizabeth Cooke begitu sukar dipisahkan.
Mereka dilahirkan selang empat minit, belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej yang sama serta lulus dengan gred yang sama untuk ijazah sama di universiti yang sama.

Pasangan kembar itu juga berkahwin pada hari yang sama dan berbulan madu di tempat yang sama.
Kedua-dua beradik itu adalah anggota polis wanita, memandu kereta model yang serupa, mempunyai rakan yang sama, masing-masing tinggal di sebuah rumah berkembar dan sering memakai pakaian yang sama, membeli hadiah dan kad hari jadi serupa tanpa dirancang.

Mereka juga melahirkan anak pertama selang beberapa bulan dan kini masing-masing mengandung anak kedua.

Paras rupa Caroline dan Elizabeth hampir sama hingga suami mereka kadang-kadang keliru hingga menyebabkan mereka tersilap mencium wanita itu.

Pernah sebelum ini seorang daripada mereka menyamar menjadi seorang lagi untuk memutuskan hubungan dengan seorang teman lelaki. Kini, perbezaan mereka hanya pada gaya rambut. ELizabeth berkata: “Kami tidak pernah merancang sesuatu bersama. Kami hanya mempunyai gerak hati seperti pasangan kembar lain dan kami tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.

“Apabila kami keluar membeli-belah, kami sering terbeli pakaian yang sama dan pernah beberapa kali kami terbeli kad dan hadiah hari jadi serupa.

Pernah Caroline tidak mahu memutuskan hubungan dengan seorang teman lelakinya. Saya menyamar dan melakukan untuknya. Yang mengejutkan, lelaki itu tidak tahu perbezaan antara kami.” Caroline berkata: “Orang ramai sering tersilap ketika menegur kami tetapi saya tak kisah untuk membetulkan mereka lagi. Saya hanya tersenyum dan berkata ‘ya.’ Selepas belajar di sekolah menengah dan kolej, pasangan itu tinggal bersama sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan yang sama untuk ijazah Perniagaan Ekonomi dari Universiti Nottingham Trent pada 2003.Mereka kemudian sama-sama menjadi anggota polis.

Post by,
Syafiqah Iilyana Zamri
1K3
Smiles19

Biografi 3 Orang Tokoh Wanita

Dicatat oleh Unknown di 4/13/2012 09:12:00 PTG 0 ulasan
  1.Azah Aziz
Nama Sebenar beliau ialah Sharifah Azah Mohammad Alsagoff, berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab dan dilahirkan pada 21 Ogos 1928 di Singapura. Beliau mendapat perdidikan awal di Sekolah Convent di Johor Bharu dan Sekolah Jepun ketika berlakunya perang dunia ke-2 tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran kerana perang. Beliau telah berkahwin ketika berumur 17 1/2 tahun dgn profesor diraja Ungku Abdul Aziz dan mereka dikurniakan seorg anak perempuan, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar, kini Gabenor Bank Negara.

Dari Tahun 1949 hungga 1951, Puan Azah bekerja dgn Jab. Kebajikan Masyarakat JOhor Bharu. Selepas itu, beliau bertugas sebagai setiausaha di jabatan sosial, Universiti Malaya, Sinagpura. Kemudian beliau menjadi setiausaha kepada pendeta Za'ba di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti yg sama. Sejak tahun 1957, selama 16 tahun, beliau bertanggungjawab mewujudkan dan mengisi ruangan wanita dan menjadi pengarangnya dalam Berita Harian. Pada tahun 1973 hinga 78, beliau menjadi editor dibahagian Rencana Kumpulan akhbar kebangsaan, Utusan Malaysia/ Utusan Melayu dan juga menjadi konsultan majalah wanita. Puan Azah juga ialah pengasas persatuan wartawan wanita Malaysia (PERTAMA) dan University Women's Asociation.Beliau menjadi presiden PERTAMA yg pertama dr thn 1971 hingga 78 dan kini ialah penasihat PERTAMA.

Puan Azah boleh dianggap antara wanita terawal di negara ini yg memperjuangkan nasib dan hak wanita dgn pertubuhan wanita lain, seperti hak mendapat gaji yg sama bagi kerja yg sama, cukai berasingan bagi isteri2 yg bekerja serta pindaan undang2 perkahwinan org bukan Islam dan keluarga Islam. Beliau juga antara pengasas PERTIWI (Pertubuhan Tindakan WAnita Islam) yg cergas membela nasib wanita dan kanak2.

Hobinya suka mengumpulkan tekstil traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraftangan traditional yg menjadikan beliau tempat rujukan mengenai kebudayaan melayu. Sejak tahun 1950-an, beliau giat mengembangkan dan memperkenalkan kebudayaan dan kesinian melayu melalui ceramah dan penulisan. Beliau pernah menjadi pakaian drama tari pada festival kesenian Universiti2 ASEAN. Puan Azah juga org pertama yg memperkenalkan Haiku (Puisi pendek bahasa Jepun) kepada masyarakat Malaysia.

Beliau mengagotai pelbagai organisasi. Antaranya, Ahli lembaga pemegang amanah yayasan Tun Abdul Razak sejak thn 1977, Ahli lembaga FINAS dari tahun 1981 hingga 84, ahli majlis penasihat kebudayaan kebangsaan (telah dibubarkan) dari tahun 1978-83 dan dari thn 1987-90, ahli lembaga penasiaht KARYANEKA dari tahun 1987 sehingga di bubarkan, ahli lembaga pembangunan kraftangan Malaysia dan ahli tribunal hak cipta dari thn 1987-89.

Puan Azah telah menghasilkan beberapa penulisan utk kanak2, iaitu adik sayang, antologi pantun kanak2 (1971), Puisi Kanak-Kanak , antologi sajak moden utk kanak2 (1967) Pantun Kanak-Kanak, antologi enam jilid pantun melayu traditional utk kanak2 dan Dendang dan Dondang kanak-kanak, lagu2 traditional utk kanak2 yg ditulis bersama Dr. Ariff Ahmad (1990). Selain itu, beliau juga telah menulis dua buah buku lagi yg bertajuk, Di Taman Seni, buku mengenai kraftngan melayu sbg pengenalan kepada kanak2 (1987) dan Marilah Bermain mengenai pemainan traditional (1993). Beliau juga menghasilkan buku Selayang Kenangan, himpunan esei dan penulisan lain tentang hal wanita, pakaian traditional dan kraftangan (1990).Beliau antara wanita pertama di Malaysia yg menerbitkan buku pantun dan lagu kanak2 melalui syarikatnya sendiri, 'Akaz'.

Puan Azah pernah menyertai pelbagai persidangan dan seminar seperti Persidangan Penulis Wanita Asia-Pasifik di east west centre, Honolulu, Hawaii, Pada tahun 1967, Simposium Wwanita Afro-Asia di Iskandariah, sempena Tahun Wanita Antarabangsa pada tahun 1975 dan progaram2 lain berkaitan kewartawanan, kraftangan, tekstil dan kesusteraan kanak2.

Kini beliau ialah ahli lembaga penasihat perpustakaan negara dan ahli lembaga penasihat The Encyclopaedia of Malaysia.
2.Zeti Akhtar Aziz

Yang berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar telah dilahirkan pada 26 Ogos 1947 di Johor Bharu. Beliau ialah anak tunggal kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Puan Azah Aziz. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yg dilantik Gabenor Bank Negara Malaysia dan juga wanita pertama menjadi Gabenor Bank Pusat di Rantau Asia.

Beliau memperoleh kelulusan daripada Universiti Malaya dalam bidang ekonomi pada tahun 1970. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, beliau telah ditawarkan berkhidmat dgn bank negara oleh gabenor bank negara ketika itu, Allahyarham Tun Ismail Ali. Oleh sebab kecenderungan untuk membuat kajian dalam bidang urusan wang dan perbankan, beliau kekal di Universiti Malaya dan menjadi tutor selama lebih dari setahun di fakulti ekonomi dan pentadbiran, Universiti Malaya. Pada tahun 1978, beliau mendapat ijazah kedoktoran daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat, dlm bidang ekonomi mata wang. Beliau telah menulis sebuah tesis yg bertajuk Commercial Bank Portfolio in an Open Developing Economy: Taking into Account International Capital Flows in an Environment of Interest Rate and Exchange Rate Movement.
Sekembalinya ke Malaysia, Tun Ismail telah mengambil beliau berkhidmat di South East Asian Central Bank Research and Training Centre (SEACEN). Semasa di SEACEN, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar telah dipanggil utk bekerja di Bank Negara Malaysia pada tahun 1985 sbg Timbalan Pengurus Jabatan Ekonomi dan menjadi wanita pertama dilantik sebagai salah seorg drpd empat Penolong Gabenor Bank Negara pada tahun 1995. Ketika itu, Malaysia sedang berhadapan dgn kemelesetan ekonomi. Beliau telah ditugaskan membantu dlm merumus dasar bg membawa Malaysia keluar daripada kemelut ekonomi dan seterusnya merangka reformasi dalam bidang perbankan.

Dari tahun 1989 hingga 1994, beliau telah dihantar ke London sbg Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di London. Apabila kembali ke Malaysia, beliau telah memegang jawatan Ketua jabatan Ekonomi sebelum dinaikkan pangkat sbg Penolong Gabenor Bank Negara pada tahun 1995.

Pada 1 September 1998, semasa negara sedang menghadapi kemuncak krisis kewangan, beliau telah dilantik Pemangku Gabenor Bank Negara dan mengetuai pasukan yg ditubuhkan oleh Bank Negara bagi melaksanakan kawalan pertukaran terpilih. Kemudian, beliau memegang jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara selama 2 tahun. Mulai 1 Mei 2000, beliau telah dilantik Gabenor Bank Negara Malaysia.

Disamping itu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar juga memegang beberapa jawatan lain. Antaranya, Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Offshore Financial Service Authority (LOFSA), Pengerusi Institut bank2 Malaysia (IBBM), Pengerusi Malaysia Institute of Insurance (MII), Pengerusi Institut Perbankan Kewangan Islam (IBFIM), Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Iskandar Johor dan Yayasan Temenggung Abdul Rahman Johor, Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad, Ahli Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) dan Exco MTEN.

Di peringkat antarabangsa, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar telah mendapat pengiktirafan sbg Gabenor Bank Pusat yg cekap dan disegani. Beliau sering diberi penghormatan memberi ucap utama di forum2 kewangan antarabangsa sbg wakil Asia. Malah Kumpulan G-7 turut memberi pengiktirafan kepada beliau apabila diundang utk memberi taklimat mengenai perbankan Islam kepada pemimpin2 G-7 di satu persidangan di Washington, Amerika Syarikat.

Pada tahun 2003, beliau telah dipilih sbg Gabenor Bank Pusat terbaik di Asia dalam satu pungutan suara dikalangan penganalisis dan pengurusan kanan bank2 seluruh dunia. Pungutan suara ini diadakan sempena Mensyuarat Tahunan Dana Kewangan Antarabangsa/ Bank Dunia di Dubai.

Beliau telah dikurniakan bintang Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yg membawa gelaran Tan Sri oleh Paduka yg di Pertaun Agong. Beliau telah dianugerahi bintang Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yg membawa gelaran 'Dato' Seri' olh DYMM Sultan Pahang dan bintang Dato' Paduka Mahkota Jojhor (D.P.M.J) yg membawa gelaran 'Datin Paduka' oleh DYMM Sultan Johor.

3.Dr. Anis Sabirin
Beliau yg juga dikenali dgn pelbagai nama pena, iaitu 'Nil', 'Nuraini', 'A.B.S', telah dilahirkan pada 1 Mac 1936 di Johor Bharu, Johor. Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah melayu dan sekolah agama di Johor Bharu, seterusnya melanjutkan pelajaran di sekolah perempuan (Inggeris) Sultan Ibrahim, Johor Bharu. Beliau telah menruskan pengajian di Universiti Malaya Singapura dan mendapat Ijazah sarjana muda sastera (kepujian) pada tahun 1959. Belaiu telah mendapat telah mendapat tawaran biasiswa Fullbright utk ke Amerika Syarikat pada tahun 1967 utk melanjutkan pelajaran ke peringakat ijazah sarjana dlm sains politik dan seterusnya ijazah kedoktoran dalm bidang ekonomi pada tahun 1976 di Claremont Graduate School.

Beliau pernah berkhidmat sbg pegawai penyelidik di DBP dr thn 1960 hingga 1967. Antara pengalaman beliau ialah menjadi pengerusi jawatankuasa istilah falsafah serta setiausaha jawatankuasa istilah kesusteraan dan setiausaha jawatankuasa menyiasat penyata pelajaran razak pd thn 1959. Beliau juga pernah bertugas di kedutaan Indonesia, di pejabat perdagangan Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat, pegawai pemasaran si suruhanjaya perdagangan Malaysia di New York. Amerika Syarikat, dan menjadi pengerusi eksekutif Azlida Component (M) Sdn. Bhd.

Dr. Anis merupakan antara penulis wanita yang begitu menonjol sekitar thn 1960an. Pembabitannya dlm bahasa dan satera berlaku secara kebetulan kerana ayahnya seorang penerbit buku2 melayu. Beliau banyak membaca buku yg sampai kepada ayahnya dan mula mencebukan diri dlm bidang penulisan kreatif semasa sewaktu berada di universiti. Beliau bukan sahaja dikenali kerana karyanya dalm penulisan cerpen dan puisi tetapi juga dlm forum dan ceramah berkaitan dgn wanita. Tulisan2nya termuat dlm akhbar Berita Minggu dan majalah Dewan Bahasa spt Sastera melayu menggelongsor ke daerah pelacuran., penulis wanita dan the angry young man. Selain itu, beliau telah dijemput sbgi Karyawan Tamu DBP dari tahun 1994 hingga 1996.

Antara karya Dr. Anis dlm bentuk puisi iala puisi2 nusantara (antologi bersama)(1981), Kembang Melati (antologi puisi) ( 1982), Bunga Gerimis (antologi bersama)(1986), dan puisi rama merdeka (1986).

Antara cerpen2nya yg telah disiarkan di dlm akhbarpd sekitar 1960an ialah Gadis Pejabat (Utusan Pemuda), Perempuan ( Berita Minggu), dan Berkunjung ke Tanah Suci (Berita Harian).

Himpunan cerpen2nya ialah Dari bayang ke bayang(1966), Angin retak (antologi bersama)(1966), Hawa (antologi bersama) (1984), Titisan Indah di Buni Merkah (antologi bersama) (1985), Pesona (1984) dan Garis Biru (2002).

Dua buah sajaknya, Dua Dunia dan tak dapat kulupakan yg tersiar di majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya, telah memenangi hadiah sastera Malaysia bg thn 1982/83.
Rujukan:
* Biografi Tokoh Wanita Malaysia dari Pelanduk Publications
Post By,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19
SMKSB

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Di-Pertuan Agong ke XIV

Dicatat oleh Unknown di 4/13/2012 09:03:00 PTG 0 ulasan

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Img agung5 2.gif

Yang di-Pertuan Agong ke-XIV
13 Disember 2011 – kini
Pertabalan11 April 2012
NegeriKedah
PendahuluTuanku Mizan
Raja Permaisuri AgongTuanku Haminah
Perdana MenteriDato' Seri Najib

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XIII
13 Disember 200612 Disember 2011
NegeriKedah
PendahuluSultan Mizan
PenggantiSultan Muhammad V

Yang di-Pertuan Agong ke-V
21 September 197020 September 1975
Pertabalan20 Februari 1971
NegeriKedah
PendahuluSultan Ismail Nasiruddin
PenggantiSultan Yahya Petra
Raja Permaisuri AgongTunku Bahiyah
Perdana MenteriTun Abdul Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-IV
21 September 196520 September 1970
NegeriKedah
PendahuluSultan Ismail Nasiruddin
PenggantiSultan Yahya Petra

Sultan Kedah ke-28
14 Julai 1958 – kini
PendahuluSultan Badlishah

Diputerakan28 November 1927 (umur 84)
Alor Setar, Kedah
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

 Biografi

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.
[sunting] Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.
Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.
Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.

 Keluarga diraja

YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British, ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.
Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:
  1. Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
  2. Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Safinaz. Baginda memiliki lima cucu.
Baginda pernah berkahwin pada awal remaja Baginda pada sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa Baginda melanjutkan pelajaran Baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.
Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.

Welcome To Smiles19 World ! Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea