Ahad, 12 Ogos 2012

Cara-Cara Membuat Puding Yoghurt Berkrim

Dicatat oleh Unknown di 8/12/2012 10:05:00 PTG 0 ulasan
 
Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 200ml susu segar
  • 1/2 sb serbuk agar-agar
  • 30gm gula
  • 30gm krim putar (kalau boleh yg heavy/ thickened)
  • 3 sb penuh plain yogurt
  • 2 sk pes buahan (oren/mangga/strawberry) - Love guna manggo concentrated 1.5sb...sbb takde pes.       

    Cara-cara

  • Didihkan susu bersama serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tapis dan tuang ke dlm sebuah mangkuk.
  • Masukkan krim putar kedlm susu tadi. Kacau sebati. (kalau guna krim putar (light) pukul krim putar tu hingga kembang dulu)
  • Masukkan yogurt dan pes buahan. Kacau lagi.
  • Tuang ke dlm acuan dan sejukkan dlm peti sejuk.
  • Itu sahaja...puding ni memang rich creamy n milky. Cuba...jgn tak cuba...;)  
Post By,
Nur Sahira Shazreen Bt. Ahmad Zaida
1K3
SMILES19 =)

Bahaya Menahan Bersin

Dicatat oleh Unknown di 8/12/2012 10:04:00 PTG 0 ulasan

Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri anda.

Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.

"Bersin merupakan perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko", kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, didalam Doctoroz.com.

Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang menahan bersin antaranya :

1 - Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
2- Pecah gendang telinga.
3- Gangguan pendengaran.
4- Veritgo.
5 - Keluar mata dari soketnya.

Jadi sesiapa yang hendak bersin , silalah bersin dengan rela hati, jangan ditahan-tahan.

Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri
1K3
Smiles19

Permegian Ramadhan Ditangisi Syawal Dirai

Dicatat oleh Unknown di 8/12/2012 08:37:00 PTG 0 ulasan

Begitulah Ramadhan berkunjung lagi,
Pada keriuhan kita dengan kehidupan ini,
Ramadhan menyapa kita penuh bersahaja,
Serta mengingatkan kita,
Sudah tiba masanya untuk kita bermusafir bersamanya.
Namun adakah benar kita memaknainya?
Atau menganggapnya seperti satu perjalanan biasa sahaja?
Begitulah kita.
Berbeza dengan mereka.
Mereka para sahabat Rasul tercinta,
Mereka menyambut Ramadhan dengan air mata,
Rintihan taubat dan serta kemerduan alunan al-Quran.
Sedangkan kita menyambut Ramadhan,
Dengan pelbagai menu dan resepi baru juadah berbuka.
Mereka menyambut Ramadhan dengan ketaatan,
Serta lamanya berdiri di atas sejadah,
Kita menyambut Ramadhan,
Dengan pembaziran menggila,
Serta lapar dan dahaga.
Bezanya kita dengan mereka.
Mereka ternanti-nantikan kedatangan bulan ini,
Untuk menyedut rahmah-Nya,
Menyedut maghfirah-Nya,
Serta menyedut perlepasan dari api Neraka-Nya.
Sedangkan kita,
Menantinya dengan keperitan,
'Ah, sebulan kene berlapar dan dahaga!'
Tetapi tidak mengapa pada kita: raya akan kunjung tiba!
Boleh peragakan baju dan langsir baru,
Serta handbag dan kasut baru.
Alangkah berbezanya kita dan mereka!
Pemergian Ramadhan bagi mereka ditangisi air mata.
Pemergian Ramadhan bagi kita diiringi sorak ria serta juadah raya,
Masjid Nabawi dan Baitul Haram pasti dipenuhi barisan saff manusia di sepertiga akhir Ramadhan.
Pesta ibadahnya meriah,
Dengan Tarawikh dan Tahajud,
Serta tilawah al-Quran.
Lailatul Qadr dicari-cari pada malam ganjil,
Sehinggalah para sahabat bertemu dengannya,
merasai kenikmatan seribu bulan itu.
Sedangkan masjid kita suram belaka,
Sunyi dari ibadah, solat mahupun al-Quran,
seolah-olah kita lupa akan sebuah hakikat.
Apakah ada Ramadhan buat kita?

Post by,
Nur Iliya Afiqah 
1 K3

Jumaat, 10 Ogos 2012

Datuk Lee Chong Wei masih menjadi Kebanggaan Negara

Dicatat oleh Unknown di 8/10/2012 09:33:00 PTG 0 ulasan

 Rakyat Malaysia terpaksa menunggu lagi untuk melihat emas pertama Sukan Olimpik di bawa pulang. Harapan yang disandarkan kepada Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton perseorangan dalam aksi final semalam gagal membuahkan emas, apabila beliau tewas di tangan Lin Dan dalam tiga set permainan. 

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei yang menunjukkan permainan bermutu sepanjang perlawanan berlangsung, cuma nasib tidak menyebelahi.
Kekalahan Datuk Lee Chong Wei kepada Lin Dan semalam merupakan kekalahan kedua beliau di pentas final olimpik. Kali pertama mereka berdua bertemu di final Olimpik Beijing 2012, sebelum bertemu sekali lagi dalam final di Olimpik London 2012. Apa pun tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei, walaupun telah berusaha sebaik mungkin, Lin Dan selangkah lebih baik permainannya. Yang penting ialah semangat kesukanan yang dipamerkan, kalah menang itu semestinya adat pertandingan.

Percutian Idaman

Dicatat oleh Unknown di 8/10/2012 09:23:00 PTG 0 ulasan
Percutian idaman.
Setiap orang mesti ada percutian idaman yg tersendiri kan..
Begitu juga dengan aku.
Percutian ni..memang dah lama diimpikan..
Tapi..rasanya kos untuk percutian nie bukanlah kecil..
Jadi..kena la kumpul duit dari sekarang untuk pergi melancong ni..

Ni percutian pertama yang aku teringin sangat nak pergi...Disneyland adalah tempat yg buat orang gembira sepanjang masa...sebab tuu lah aku nak pegi..klau pegi dgn family atau kawan mesti best sangat..

Yang seterusnya ialah Paris..tak tau la kenapa rasa nak pegi Paris nie.. Sbb cemburu kot akak aku pernah pergi sini...Dia muda2 dah pergi sana..Jadi..aku pon nk ke sana jgk laa..Nak naik Eiffel Tower..nak jalan2 kt sna..tp..currency perit sikit la..huhuu...

Yang ketiga pula,Seoul,Korea..aku mmang teringin sangat nak pegi Seoul ni..dengar ada universiti yang bagus kat sini..sebab tuu laa aku nak belajar bersungguh-sungguh untuk masuk ke universiti tuu..hehe

Okey..yang tu je lah untk percutian idamanku...hrp impian aku untuk pegi bercuti dlm tiga2 lokasi menjadi kenyataan suatu hari nanti..assalamualaikum ^_^

Post by,
Nur Sahira Shazreen bt Ahmad Zaida
1K3

Rabu, 13 Jun 2012

Dicatat oleh Unknown di 6/13/2012 11:35:00 PTG 0 ulasan
Paris adalah ibu negara Perancis dan juga negeri Île-de-France. Bersama dengan bandar satelit dan kawasan luar bandar, Paris mempunyai anggaran penduduk sebanyak 11.5 juta penduduk (2004). Paris adalah kawasan bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi di dalam Kesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar di Eropah iaitu sama dengan penduduk London dan hampir menyamai penduduk Moscow, dan juga dianggar mempunyai penduduk metropolitan ke-20 teramai di dunia.
Paris dikenali dengan gelaran la Ville Lumière (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia.
Keunikannya ialah setiap malam, Paris selalu akan bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang, maka dengan itulah digelari La Ville Lumiére ole pelancong asing ( dalam Bahasa Perancis )
Dicatat oleh Unknown di 6/13/2012 11:21:00 PTG 0 ulasan

Manusia Adalah Organisma Yang Kompleks

Tubuh manusia adalah kompleks, dengan pelbagai jenis sel-sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem.

Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan.

Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja. Ini dikenali sebagai pengkhususan sel.

Melalui pengkhususan sel, sel-sel mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan. Sebagai contoh, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan.

Fungsi yang berbeza di dalam tubuh manusia boleh dilakukan pada serentak masa yang sama melalui pengkhususan sel.
 
Post By,
Anis Shuhada Azizan

Welcome To Smiles19 World ! Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea