SEMBAHYANG pada pengertian syarak ialah beberapa bacaan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.Sembahyang merupakan ibadah terpokok dalam Islam dan ianya wajib dilaksanakan oleh setiap individu Islam yang mukallaf.Umat Islam yang kuat melakukan kerja-kerja kebajikan tetapi cuai melaksanakan sembahyang makakebajikan tersebut tiada nilaian di sisi Allah.
Waktu-waktu sembahyang yang lima:
Waktu Zuhur: Bermula daripada gelincir matahari hingga terjadi bayang sesuatu benda sama panjangnya.Ianya tidak termasuk bayang semasa rembangnya.
Waktu Asar: Bermula daripada bersamaan bayang sesuatu yang diukur menjadi panjang lebih daripada sekali ganda (tidak termasuk bayang rembang)hingga sempurna jatuh matahari.
Waktu Maghrib: Bermula daripada jatuh matahari hingga hilang mega merah di kaki langit.
Waktu Isyak:Bermula daripada hilang mega merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq(fajar kedua)
Waktu Subuh:Bermula daripada naik fajar yang kedua hingga terbit matahari.
Waktu yang ditegah sembahyang:
Ada beberapa waktu yang ditegah mengerjakan sembahyang sunat mutlak atau sembahyang sunat yang telah berlalu sebabnya.Tegahan ini di kecualikan ketika berada di tanah haram Makkah.Waktu-waktu tersebut ialah:
1.daripada terbit matahari hingga tingginya kadar segalah pada pandangan mata.
2.Ketika matahari berdiri betul hingga tergelincir melainkan hari Jumaat.
3.Selepas sembahyang Asar hingga jatuh matahari.
4.Ketika kekuningan matahari sebelah petang sehingga jatuhnya.
5.Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari kira-kira segalah.
Sembahyang sunat yang bersebab dan berwaktu seperti sembahyang tahiyatul masjid,sunat rawatib dan lain-lain boleh dilakukan di waktu-waktu tersebut.Begitu juga dengan sembahyang yang hendak diqadakan.
Blog List
Jumaat, 14 September 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jumaat, 14 September 2012
Sembahyang

0 ulasan:
Catat Ulasan