Assalamualaikum...Ilyana nak cerita sikit pasal ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang. Jadi bacalah apa yang Ilyana tulis ni ya...
Setiap pelajar sudah pasti mempunyai hasrat untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mereka. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang ringgit untuk membalas jasa ibu bapa mereka, maka hadiah yang paling bererti merupakan kecermelangan dalam setiap peperiksaan sebagai salah satu cara untuk membalas jasa mereka.
Untuk cemerlang dalam pelajaran,setiap pelajar perlu sentiasa memberi tumpuan sewaktu guru mengajar. Ketika guru mengajar, mereka seharusnya mengetepikan segala masalah yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Sekiranya tidak memahami apa yang telah diajar, mereka tidak perlu berasa segan untuk bertanya. Tamatnya sesi persekolahan tidak bermakna sesi pembelajaran juga turut tamat. Sebaliknya, mereka juga harus segera membuat latihan. Jika kerja sekolah sudah selesai, ulangkaji sendiri tanpa disuruh, mereka tidak seharusnya bersikap bagai pahat dengan penukul. Bila disuruh barulah dibuat.
Selain itu, alternatif lain untuk meningkatkan prestasi pelajar di kelas juga perlulah dilaksanakan. Kelas tambahan amat berfaedah untuk menambahkan pemahaman akan sesuatu matapelajaran. Di kelas, jumlah pelajar yang banyak menyebabkan guru tidak mampu memberi perhatian yang lebih. Dengan jumlah murid yang sedikit di kelas tambahan, para pelajar lebih berpeluang untuk bersoal jawab sekaligus meningkatkan pemahaman mereka sendiri terhadap pelajaran yang diajar.
Pemakanan yang seimbang amat penting kepada tubuh badan mereka. Sekiranya minda mereka cergas, mereka tidak akan mudah mengantuk di dalam kelas dan pelajaran juga mudah untuk difahami. Elakkanlah makan makanan yang ringan dan memudaratkan, tetapi lebihkanlah memakan buah-buahan dan meminum air kosong.
Sebagai seorang pelajar, para Guru dan ibu bapa perlulah dihormati agar keberkatan dalam pelajaran mudah untuk diperolehi ketika belajar. Sebelum ke sekolah, mereka perlulah mencium tangan ibu dan ayah untuk memohon restu. Di sekolah pula, budi bahasa juga perlu dijaga, jangan sampai guru jauh hati. Sebaik-baiknya, sikap ringan tulang untuk membantu guru seharusnya diamalkan.
Demikianlah serba sedikit ciri-ciri untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Sebenarnya, mentimun dan pisau berada di tangan kita, jadi kitalah yang sewajarnya mencorakkan nasib kita sendiri dan bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas jasa orang yang kita sayangi itu dengan menjadi murid yang cemerlang. Tetapi, jangan pula menjadi seperti kacang lupakan kulit bila sudah berjaya kelak.
Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri
1K3
Blog List
Selasa, 3 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Selasa, 3 April 2012
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

0 ulasan:
Catat Ulasan