Rabu, 4 April 2012

Penggunaan Masa Dengan Bijak

Dicatat oleh Unknown di 4/04/2012 11:51:00 PTG
Assalamualaikum..

Masa Adalah Anugerah TuhanDAN masa terlalu berharga. Perpatah mengatakan “masa itu emas“. Malahan, masa itu lebih berharga dari emas, lantaran emas boleh dijual beli dan begitu juga emas yang hilang boleh ditukar ganti. Tetapi bukan seperti masa, masa yang berlalu tetap berlalu. Ianya tidak akan berulang lagi.
Masa boleh dibahagikan kepada tiga zaman. Zaman yang berlalu yang tidak akan kembali dan bukanlah milik kita. Zaman yang sudah berlalu, zaman sekarang dan zaman akan datang. Zaman akan datang, belum lagi ada kepastian sama ada kita berpeluang menikmatinya.
Oleh yang demikian, hargai lah masa yang ada, masa yang kita miliki sekaranglah yang perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Penggunaan masa hari ini akan menentukan corak masa depan kita.

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:
  1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
  2. Melaksanakan amal solih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
  3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
  4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

    Post by,
    Farah Nabila Bt.Aizul Fazri
    1K3
    Smiles19

0 ulasan:

Catat Ulasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Welcome To Smiles19 World ! Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea