Rabu, 4 April 2012

Pantun buat Sahabat

Dicatat oleh Unknown di 4/04/2012 10:09:00 PTG

Mengintai kejora di malam hari,
Hanya kelihatan menjelang pagi,
Terima kasih sahabat kerana memahami,
Segala kelemahan diriku ini.

Suara si pungguk mendayu-dayu,
Memuja bulan tak pernah jemu,
Biar di dunia ku himpun rindu,
Di akhirat sana kupohon bertemu.

Anak haruan mati terperangkap,
Jangan keli dikatakan sepat,
Padamu sahabat daku berharap,
Di sudut hatimu namaku terpahat.

Indah sungguh bunga di taman,
Disusun orang buat jambangan,
Ingin ku selam hatimu teman,
Begitu sukarnya mencari jawapan.

Merenung langit di kala senja,
Mengharap fajar akan menjelma,
Padamu Tuhan ku pahat doa,
Persahabatan ini subur selamanya.


Dikarang oleh,
Syahirah Syazwani

0 ulasan:

Catat Ulasan

Rabu, 4 April 2012

Pantun buat Sahabat


Mengintai kejora di malam hari,
Hanya kelihatan menjelang pagi,
Terima kasih sahabat kerana memahami,
Segala kelemahan diriku ini.

Suara si pungguk mendayu-dayu,
Memuja bulan tak pernah jemu,
Biar di dunia ku himpun rindu,
Di akhirat sana kupohon bertemu.

Anak haruan mati terperangkap,
Jangan keli dikatakan sepat,
Padamu sahabat daku berharap,
Di sudut hatimu namaku terpahat.

Indah sungguh bunga di taman,
Disusun orang buat jambangan,
Ingin ku selam hatimu teman,
Begitu sukarnya mencari jawapan.

Merenung langit di kala senja,
Mengharap fajar akan menjelma,
Padamu Tuhan ku pahat doa,
Persahabatan ini subur selamanya.


Dikarang oleh,
Syahirah Syazwani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Welcome To Smiles19 World ! Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea