Sabtu, 31 Mac 2012

Petua Pelajar Cemerlang

Dicatat oleh Unknown di 3/31/2012 11:15:00 PTG 0 ulasan
haaaiiii....kawan-kawan!!!
haaa...kali ni SYAFIQAH nak kongsi satu artikel yg SYAFIQAH baca kat dalam internet td. Petua menjadi pelajar cemerlang. Meh SYAFIQAH kongsikan sikit. lepas ni boleh la kita praktikan bersama.

  1. Belajar 3 jam sehari tidak termasuk kerja rumah
  2. Tidak ponteng kelas. jika tertinggal kelas salin nota dari rakan.
  3. Berbuat baik dengan guru. menghormati dan sayangi guru.
  4. Membaca doa sebelum mula belajar, selepas menunaikan solat dan sebelum menjawab soalan peperiksaan.
  5. Berehat sebentar ketika mengulangkaji pelajaran.
  6. Mengulangkaji secara bersendiri atau berkumpulan (mengikut kesesuaian diri)
  7. Jangan memupuk sikap suka menangguh dalam belajar
  8. Menggunakan masa terluang untuk mengulangkaji pelajaran
  9. Membuat rujukan kalau masih ada tajuk yg tidak difahami
  10. Patuh pada jadual belajar yg telah ditetapkan
  11. Berkongsi ilmu dengan kawan-kawan
  12. Menunaikan perintah Allah dan jauhi larangan-NYA
  13. Taat kepada ibu bapa
  14. Menjadikan nota-nota berwarna-warni dan kelihatan menarik
  15. Bertawakal kepada Allah

Kita perlu ingat ya kawan-kawan...seorang pelajar yg cemerlang adalah seorang yg cemerlang dari segi akhlak dan juga akidah serta pandai menjaga tingkah-lakunya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Jom kita amalkannya bersama!! 

Wassalam....
Post by,
NURUL SYAFIQAH BT MD NOR
1K3
Smiles19

Atlet Malaysia

Dicatat oleh Unknown di 3/31/2012 10:18:00 PTG 0 ulasan
Aaaaalllooohhhhaaaaa!!!

Ceria tak SYAFIQAH hari ni?? hehehe.. bukan ape hari ni kakcik SYAFIQAH yg belajar di UITM Negeri Sembilan dah balik rumah. SYAFIQAH suka sangat sebab dapat lepas rindu. dah lama tak jumpa kakcik.
Ok...bukan pasal kakcik yg nak SYAFIQAH cerita tapi pasal Atlet negara kita iaitu Malaysia. Sebenarnya sukan juga menjadi penyumbang kepada kemajuan pelancongan negara kita. Jangan tak tau yg sukan adalah penyumbang kepada kemajuan pelancongan negara. hebatkan??!! Terdapat beberapa atlet negara yang sangat popular diluar negara. tahap kecemerlangan mereka dalam bidang sukan tidak dapat disangkal lagi. selain itu kehebatan dalam bidang pelajaran turut menjadikan mereka insan yg berguna. SYAFIQAH sangat berbangga dengan atlet Malaysia. Antara atlet-atlet yg SYAFIQAH maksudkan ialah :

DATUK NICOL ANN DAVID
Beliau dilahirkan di Pulau Pinang,Malaysia. 
Anak kpd Ann Marie David dan Desmond David.
Sangat mengemari mata pelajaran Matematik.
Pernah bercita-cita menjadi seorang jurutera.
Mendapat 7A di dlm PMR.
Mendapat 7A di dlm SPM.
Memegang gelaran pemain skuasy no1 dunia.

AZIZULHASNI AWANG
Beliau dilahirkan di Dungun, Terengganu pd 5 Jan 1988
Merupakan anak ke8 daripada 9 adik-beradik.
Bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Melanjutkan pelajaran di Deakin University, Australia
(Bachelor commerce majoring in Sport Management)
Digelar sebagai THE POCKETROCKETMAN

BRYAN NICKSON LOMAS
Dilahirkan pada 30 Jun 1990 di Kuching, Sarawak.
Merupakan atlet terjun negara.
Memenangi pelbagai gelaran hingga ke peringkat dunia.

Hebatkan atlet-atlet negara kita?? Betul la bila kita bersukan otak kita juga cergas. Sebenarnya ramai lagi atlet negara kita yg berjaya di dalam pelbagai bidang sukan. Tahniah buat Atlet negara Malaysia!!!

Wassalam....
Post by,
NURUL SYAFIQAH BT MD NOR
1K3
Smiles19

Cita-Citaku

Dicatat oleh Unknown di 3/31/2012 10:17:00 PTG 0 ulasan
Assalammualaikum

Hai....hari ini Anis nak cerita pasal DOKTOR.Anis bercita-cita menjadi seorang Doktor Pakar Bedah dan Perubatan.Menjadi seorang doktor juga suatu fardhu kifayah dalam Islam jadi,Anis dah laksanakan salah satu fardhu kifayah.Tapi Anis takut kalau-kalau tengok benda-benda dekat dalam badan manusia tu Anis memang sangat geli rasa macam nak termuntah sangat.Tapi bila Anis tengok dekat hospital tu doktor-doktor tu tengah buat kerja diornag rasa macam teruja dan lagi berkobar-kobar nak jadi seorang doktor bedah dan perubatan.Impian Anis nak belajar dekat Ireland atau UK tu memang impian Anis sejak dari dulu lagi Anis harap-harap sangat cita-cita dan impian Anis tue akan termakbul.InsyaAllah.....AMIN
Dekat bawah nie Anis ada letak beberapa fakta pasal Doktor so korang bacalah yer....Bye...

Doktor (daripada bahasa Latin yang bererti "guru") orang yang bertugas menyembuhkan orang-orang yang sakit. Tidak semua orang yang menyembuhkan penyakit boleh/dapat disebut doktor. Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang perrsijilan/tauliah khusus, seperti di Malaysia, harus mendapat tauliah daripada Majlis Perubatan Malaysia di samping sijil kedoktoran daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.

Post by,
Anis Shuhada Azizan
Smiles19

KATA KATA SEMANGAT!!

Dicatat oleh Unknown di 3/31/2012 06:08:00 PTG 0 ulasan
alloooohhaaa!!!~
haa..hari ni SYAFIQAH nak share beberapa gambar yg mempunyai kata-kata semangat yg mampu membuat SYAFIQAH berasa lebih semangat. Bukan sahaja semangat untuk meneruskan kehidupan di dunia tapi juga bekalan di akhirat kelak. kata orang kita haruslah bersemangat dalam meneruskan kehidupan walaupun berbagai dugaan yg datang.

 CINTA ALLAH ADALAH CINTA SEJATI YG KEKAL ABADI
eerrmmm...ayat ni dah menunjukkan bahawa kita haruslah mengadbikan diri
kepada ALLAH sama ada semasa kita susah atas senang.
mak SYAFIQAH pesan..janganlah hanya ingat ALLAH ketika kita susah sahaja
tetapi
ingatlah DIA sentiasa 
agar hidup lebih diberkati...

 TIADA AIR MATA YG DAPAT MENENANGKAN JIWA KECUALI AIR MATA
TAUBAT
zaman sekarang ni..SYAFIQAH perhatikan ramai remaja diluar sana
hidup dengan kehidupan yg terlampau bebas. mereka mampu menangis sehebat-hebatnya
kerana kehilangan seorang 'bf'
simpan la air mata itu hanya untuk PENCIPTA kita...
baru la TERBAIK~~

SESIAPA YANG TIDAK PERNAH MERASAI KEPAHITAN 
TIDAK AKAN MENGENAL KEMANISAN
hhaaa...yg ni SYAFIQAH paling suka!
dulu...kaunselor sekolah SYAFIQAH penah cakap ayat seakan-akan ni.
kalau kita gagal bukan bermakna kita gagal selamanya..
kalau kita tak pernah gagal...kita takkan pernah rasa mahu bersyukur..

SYAFIQAH pasti yg kawan-kawan kat luar sana mesti ada jugak kata-kata semangat untuk diri sendirikan.. terapi diri mesti ada dalam diri kita agar kita sentiasa sedar dimana kita berpijak.

Wassalam....
Post by,
NURUL SYAFIQAH BT MD NOR
1K3
Smiles19

:.KIDZANIA...the city of kids.:

Dicatat oleh Unknown di 3/31/2012 05:10:00 PTG 0 ulasan
Assalamulaikum!!!
Hari ni SYAFIQAH nak cerita sikit pasal KIDZANIA...!! korang semua tau tak apa itu KIDZANIA?? tak pe...pada yg tak tau..sini SYAFIQAH nak cerita sikit. 

KIDZANIA...ialah satu tempat di mana kanak-kanak dapat merasai atau belajar mengenai kehidupan sebenar apabila sudah bekerja nanti. Di KIDZANIA kanak-kanak dapat mempelajari cara mendapatkan duit dengan bekerja, cara membelanjakan duit, menyimpan duit dan menimba pengalaman dalam bidang pekerjaan yg mereka sukai. Kanak-kanak di KIDZANIA boleh memilih pekerjaan seperti bomba, polis, doktor gigi, hakim, juruterbang dan lain-lain. 
Untuk pengetahuan kawan-kawan...KIDZANIA baru sahaja dibuka di THE CURVE,KUALA LUMPUR pada tahun ini. wow...beruntungnya! Sebenarnya KIDZANIA hanya terdapat dibeberapa negara tertentu sahaja seperti di Seoul, Korea..Tokyo, Jepun...dan sebagainya. SYAFIQAH sangat berasa bangga dengan negara Malaysia!! 
KIDZANIA dibuka dari 10pagi hingga 4petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum, terdapat dua sesi iaitu 10pagi hingga 3petang dan 4petang hingga 10malam. So..kawan-kawan boleh la ajak ayah kawan-kawan pergi KIDZANIA untuk merasai pengalaman sebenar. Harga tiket masuk ke KIDZANIA ialah :
  • kanak-kanak (3thn ke bawah) = RM35 (MyKad & Non MyKad)
  • kanak-kanak (4thn hingga 14thn) = RM55 (MyKad) / RM75 (Non MyKad)
  • dewasa = RM35 (MyKad) / RM75 (Non MyKad)
  • warga emas = RM30 (MyKad & Non MyKad)

 kanak-kanak merasai pengalaman bekerja sebagai seorang doktor

 kanak-kanak merasai pengalaman bekerja sebagai seorang bomba

haa...apa pendapat kawan-kawan menganai KIDZANIA?? bestkan?!! jika berkesempatan ajaklah ibu bapa kawan-kawan pergi ke KIDZANIA.
Untuk maklumat lanjut mengenai KIDZANIA...kawan-kawan boleh la klik sini

KIDZANIA....THE CITY OF KIDS

Wassalam....
Post by,
NURUL SYAFIQAH BT MD NOR
1K3
Smiles19

H1N1

Dicatat oleh Unknown di 3/31/2012 07:42:00 PG 0 ulasan
Assalamualaikum...

Hari ini Iliya nak cerita pasal H1N1 haaa selsema tuttt hihihihi Iliya ada amik dkt internet benda ini jom tengok

Pendemik selsema H1N1 yang melanda dunia kini sungguh membimbangkan masyarakat dunia.Virus ini menyebabkan mangsa menghidapi selsema dan batuk yang berpanjangan dan membawa maut.Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan untuk memcegah virus ini daripada terus merebak.
      Pertama,kita harus sentiasa menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan kita dengah sabun basah dan air yang mencukupi.Amalkan kaedah membasuh tangan yang betul selepas ke tandas,sebelum makan,semasa menyediakan makanan dan pada bila-bila masa tangan kita kotor.
      Seterusnya,kita haruslah mengehadkan pergerakan kita ke tempat awam yang penuh dengan orang ramai seperti di pusat membeli-belah,stesen bas dan panggung wayang.Jika tidak dapat dielakkan daripada berada di tempat awam,pakailah penutup mulutdan hidung.
      Tuntasnya,pencegahan awal mampu menyelamatkan kita daripada dijangkiti virus berbahaya ini bak kata pepatah sediakan payung sebulum hujan.

Jadi jagalah kesihatan anda tu saja pesanan Iliya

Wassalam.
Post by,
Nur Iliya Afiqah Ishak
1K3
Smiles19

Jumaat, 30 Mac 2012

Jalan-Jalan

Dicatat oleh Unknown di 3/30/2012 10:23:00 PTG 0 ulasan
Assalammulaikum

Hari ni Anis ada pergi Popular.Anis nak beli e~pop dengan sharpie lepas tu bila dah sampai kat Popular Tesco,Mergong Anis cari lah e~pop tapi tak ader lepas tue bila tanya dekat orang yang kerja kat Popular tue dia cakap e~pop takde hmmmm wuwuwu Anis sedih sangat-sangat sebab tak dapat e~pop tue...Lepas tue ok lah Anis tengok-tengok pulak kat bahagian novel(Anis kan peminat novel dari dulu hingga sekarang) lepas tue kan mama Anis pun tanya lah kakak yang kerja susun novel tue"Ombak rindu ada tak?" lepas tue kan kakak tue cakap pulak"yang 2 dengan 3 adalah" Anis teringin sangat nak beli tetapi apakan daya mama Anis tak kasi Anis beli sebab novel yang dekat rumah tue pun tak terbaca lagi nak beli kan....lepas tue Anis tengok lah lagi semua novel-novel dekat situ semuanya terbaru lepas tue semuanya best-best belaka Anis rasa macam nak borong satu kedai tue tapi Anis satu sen pun tak ade huhuhu so,lepas tu kitorang pun pergi lah bayar and then balik tapi sebelum balik tue kan kitorang makan aiskrim dulu nyumnyummyunmmmmm sedap........sangat....
Anis happy sangat dapat jalan-jalan dengan mama,abang dan adik Anis.....

Post by,
Anis Shuhada Azizan
Smiles19

Tempat Yang Indah

Dicatat oleh Unknown di 3/30/2012 05:03:00 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum....

Hari ini Iliya nak cerita yang Iliya nak sangat pergi Korea.Iliya tahu sekarang ini ramai orang minat K-pop tapi Iliya tak minat Iliya minat drama dia dan tempatnya.Cakap pasal tempat Iliya nak cerita pasal keindahan Korea.Korang mesti nak tengok pemandangan dekat Korea macam mana kan okey Iliya nak tunjuk satu gambar.Gambar ini diam dekat Seoul,Korea~~~ 

Cantikkan tempat dia di waktu malam.Cakap pasal Korea Iliya nak tunjuk keindahan di Pulau Jeju pulak.Ini adalah salah satu tempat yang Iliya dapat.Pulau Jeju juga termasuka dalam 7 Amazing Places.Haaa kalau pergi sana memang best lahhh

Inilah taman dekat Pulau Jeju indahkan bila kita tengok gambar ni kan kita dah tau kalau pergi sana boleh lepaskan tekanan.Pulau Jeju juga terkenal dengan abalone setahu Iliya yang popular dekat Jeju adalah abalone nak tengok macam mana rupa dia haaa gambar dekat atas tu lah abalone.Iliya juga nak cerita satu tempat ni nama dia bandar ini Busan.Dekat sana ada pasar raya terbesar .Ia juga diaktogerikan sebagai The Biggest Mall In The World jom tengok picture dia

Ini baru luarannya dalamannya memang besar jom lihat image

Indahkan....Busan juga terkenal dengan burung camar.Burung camar itu terletak di Pantai Haeundae.Burung camar juga merupakan simbolik kepada Busan..

Ok inilah burung camar kepada sesiapa yang tak tahu.Sekian saja untuk hari ini macam tourist guide plakk hihihi

Wassalam.
Post by,
Nur Iliya Afiqah Ishak
1K3
Smiles19

Makanan Yang Sedap

Dicatat oleh Unknown di 3/30/2012 07:28:00 PG 0 ulasan
Assalamualaikum...

 Hari itu Iliya cerita tentang tempat yang indah di Korea.Hari ini Iliya nak cerita makanan yang sedap di Korea nyumm nyumm~.Iliya nak mula dengan Stu Ikan Pollack jom kita lihat gambar dia

Inilah Stu Ikan Pollack nyumm nyumm nampak macam sedap memang sedap pun hahaha makan dengan nasi lagi sedap.Sekarang kita akan pergi ke makanan Samgyetang resepi dia simple saja.Dalam ayam tu sebenarnya ada kurma dan nasi nyum nyum.Sup pulak dia letak sikit ginseng nyum sambil makan boleh jadi kuat sebab ginseng

Sedapkan kalau nak makan tu order satu set dah la Iliya tahu korang semua bukan boleh makan banyak sangat ayam nanti termuntah.Hari itu Iliya ada janji dengan korang semua nak tunjuk bubur abalone kan jom kita tengok

Yang dekat hujung tu Kimchi  yang besar tu pulak mesti la buburnya hihihihi.Kalau pergi Korea pergi makan di tempat yang halal ok.

Wassalam.
Post by,
Nur Iliya Afiqah Ishak
1K3
Smiles 19

Khamis, 29 Mac 2012

Bola Boling Idamanku

Dicatat oleh Unknown di 3/29/2012 07:20:00 PTG 0 ulasan

Assalamualaikum...

Hahahaha mesti terkejutkan bukan Iliya nak buat korang semua terkejut tapi Iliya suka sangat la bola ni entah tahun bilalah boleh beli.Sebenarnya Iliya pemain boling sekolah tapi tak menang pun masa lawan 28/2/2012
dapat no 14 tapi nanti Iliya akan usaha bagi menang untuk harumkan nama sekolah kita okey.

Wassalam.
Post by,
Nur Iliya Afiqah Ishak
1K3

Rabu, 28 Mac 2012

Keseorangan....

Dicatat oleh Unknown di 3/28/2012 09:24:00 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum...

Hari ini Anis nak story pasal sekolah pada hari ini.Hari ni Anis duduk sorang-sorang sebab kawan sebelah Anis yang namanya Anis jugak tapi bukan Anis Shuhada tapi Anis Shahira.Anis rasa sunyi snagat yelah kalau tiap-tiap hari Anis boleh sembang-sembang,lawak-lawak,gelak-gelak,gurau-gurau dan macam-macam lagilah.Tadi dia ada call Anis harap-harap esok Anis Shahira datang so,kitorang boleh lah buat kerja sama-sama(padahal nak sembang)....Anis seronok duduk dengan Anis Shahira sebab dia baik dengan Anis jugak.Dia selalu gelak-gelak dengan Anis,main-main pastu kitorang memang tak pernah gaduh lah selama nie tapi gaduh main-main tue banyak kali lah jugak alah main-main  ja.....
Anis harap sangat esok Anis Shahira datang dan menemani Anis macam biasa.Korang pun mesti sunyi kan kalau korang punya kawan tak ada kan....macam tulah jugak apa yang Anis rasa....

Post by,
Anis Shuhada Azizan
Smiles19 

Selasa, 27 Mac 2012

handbag yang kuidamkan...

Dicatat oleh Unknown di 3/27/2012 11:24:00 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum.

Hai,Anis kat sini.Haritu Anis ada tengok kat satu blog ni ada satu handbag nie memang cantik sangat-sangat.Sekali panadang terus nak pandang harga dia memang berpatutan sangat tak mahal pun tapi cantik and cute sangat.Anis teringin sangat nak  beli sebelum dia dah sold out korang pun kalau rasa cun lawa handbag nie pergilah kat website diorang sayapunyashawl.blogspot.com okay korang mesti suka dengan mereka punya barang-barang.Tengok-tengok jugak blog smiles19 nie okay!Dekat bawah nie Anis ada letak gambar handbag tue kalau rasa terpegun pergilah kat blog diorang and tengok secara detail lagi okay!!!

Assalamualaikum
Post by
Anis Shuhada Azizan
Smiles19

Saja jer letak tiga warna heheh

Why I love My Mother

Dicatat oleh Unknown di 3/27/2012 09:58:00 PTG 0 ulasan
My mother is the most important person in my life. She is an inspiration to everything I do. I would not call her a friend, but she is an extraordinary person. She has been in my life since I was born and she will always be in my life no matter what happens. She is the one who has suffered to bring me into this world. I have learnt to love her from the day I was born.
My mother was the first person to teach me to draw and walk, and she was with me when I took my first step ever! She has taught me to believe in people and not to have grudges against one another. She always encouraged me to go along when I was ready to give up. She makes sure that I was safe and happy throughout my childhood. It is the unconditional love that my mother feels that drives these feelings.
It is hard to describe the feeling that a mother has towards her children. Mothers give an awful lot of support to their children, whether it involves very visible support or simple background encouragement. Not only do mothers support their children, but they also often hold the whole family structure together. When all is well, a mother puts her children before anything else, including their own comfort and happiness. Describing a mother's love is virtually impossible. It is a feeling that can only truly be understood by those that experience it. Famous saying states that "God could not be everywhere and so he invented mothers"!

Isnin, 26 Mac 2012

Dicatat oleh Unknown di 3/26/2012 05:10:00 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum.... 

Hari ini Iliya ada cerita baru nak cerita nak dengar tak?.Meh sini nak bagi tahu Iliya ni kan ada satu hobi,hobi Iliya ialah bermain boling hihihi.Iliya mula main boling masa darjah 3 lagi tapi sampai sekarang tak berapa nk pandai hurmm nak buat macam mana main pun tak serius hihihi 

Haa cantik tak gambar dia bola ni macam nak jatuhkan tapi bola ni sebenarnya tak jatuh nanti dia nak balik boleh buat macam ini 

Kita dapat strike ooo markah kita pun boleh jadi tinggi.Sekian saja untuk hari ini 

Wassalam.
Post by,
Nur Iliya Afiqah Ishak 
1K3

Coklat Yummy

Dicatat oleh Unknown di 3/26/2012 04:50:00 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum....

Masa buka blog ni kan Iliya teringat masa sekolah rendah. Masa tu Iliya suka jual coklat dekat kawan-kawan biasalah bila dah jadi senior ni dia jadi nakal sikit hihihihi.Coklat Oreo dengan coklat lolipop la yg Iliya suka.Ok sekarang Iliya nak tunjuk sikit gambar Coklat Oreo yang mak Iliya suka buat masa sekolah rendah

Wassalam.
Post by,
Nur Iliya Afiqah Ishak 
1K3

Ahad, 25 Mac 2012

Dicatat oleh Unknown di 3/25/2012 11:35:00 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum....

Anis teringin sangat nak satu shawl nie tapi dalam blog tue cakap dah sold out nanti Anis letak gambar ok!.Anis memang dah lama cari dekat mana-mana kedai tpi semuanya mahal-mahal jadi,Anis tak jadi beli sebab tak ada bajet hihihi...Lepas tue bila Anis tengok dalam dalam satu blog ni ada lah pulah shawl yang selama ini Anis dok tercari--cari marata rata tempat akhirnya jumpa jugak tetapi apalah nasib kan sebab dah cantik sangat murah pulah berbanding di kedai lain sebab tue lah orang ramai yang minat sangat dengan shawl ni tapi takpelah mungkin bukan rezeki Anis nak melawa denga shawl baru tue takpe nanti Anis beli yang terbaru lagi tue pun kalau Anis ada bajetlah kan.....

Salam Sayang.
Post by,
Anis Shuhada Azizan
Smiles19

Sajak ~ Kian Kita Lupa

Dicatat oleh Unknown di 3/25/2012 01:32:00 PG 0 ulasan

Kian kita lupa
pada usul jernih bangsa
bila mewah harta di birai mata.

Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan bangga.

Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia.

Tetapi
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar duka.

Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri

SEKOLAH BARU

Dicatat oleh Unknown di 3/25/2012 12:51:00 PG 0 ulasan
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia!!!!
Yesss...SYAFIQAH memang hepi sangat sekarang ni. Bukan ape pon...ye la SYAFIQAH dah mula bersekolah di sekolah menengah. Nama sekolah SYAFIQAH ialah SMK SULTANAH BAHIYAH, Alor star, Kedah. Mungkin bagi kawan-kawan kt luar sana...sekolah menengah bukanlah apa pon, sama ja dengan sekolah rendah..masih tetap bersekolah kan? Tapi bagi SYAFIQAH ini adalah satu pengalaman yg sangat..sangat...sangat berharga. 

Untuk pengetahuan kawan-kawan...buat pertama kalinya dalam hidup SYAFIQAH...SYAFIQAH akan tinggal berjauhan dengan famili terutama sekali ibu bapa. oh...ttiiiddaaakkk!! SYAFIQAH tinggal di asrama. Pada mulanya SYAFIQAH berasa sangat asing sekali tetapi setelah beberapa minggu di asrama dan berkenalan dengan rakan-rakan yg lain perasaan asing dan ganjil itu telah hilang. sebenarnya seronok tinggal di asrama. SYAFIQAH dapat memupuk sikap bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan kawan-kawan dan yg paling utama adalah sikap berdikari dan berdisiplin. Di asrama, jika melalukan sebarang kesalahan, denda akan dikenakan. 

Kawan-kawan nak tau, SYAFIQAH telah dipilih oleh rakan-rakan kelas SYAFIQAH sebagai penolong ketua tingkatan. Alamak..kali ini SYAFIQAH kena lebih bertanggungjawab. Tapi...SYAFIQAH tidaklah terlampau risau dengan tugasan yg bakal diberikan kerana pengalaman sebagai seorang pengawas ketika di sekolah rendah akan SYAFIQAH gunakan. 

SYAFIQAH telah memilih untuk menyertai kelab angklung. Kenapa SYAFIQAH memilih angklung? Sebabnya SYAFIQAH suka muzik!! Dulu, semasa di sekolah rendah SYAFIQAH telah menyertai pasukan pancaragam sekolah dan telah menyertai beberapa pertandingan pancaragam. Jadi...kelab angklung sangat berkaitan dengan muzik..sebab itu SYAFIQAH suka. Lagipun..instumen angklung adalah sangat unik. SYAFIQAH juga telah menyertai pasukan pengakap sekolah.

haaiii..dah banyak SYAFIQAH bercerita...kali ni mari SYAFIQAH tunjukkan beberapa gambar ketika hari pendaftaran tingkatan 1..
tttaaaddddaaaa~~

 dalam dewan ni la taklimat tingkatan 1 disampaikan...
ramai ibu bapa dan murid yg hadir...
ffuuuiiyyoooo...

 time ni dah sampai kelas...nak daftar masuk kelas
TINGKATAN 1K3!!!

nampak tak SYAFIQAH tengah bersemangat senyum kt semua orang??
hehehehe...
senyum itu kan sedekah!!

ni la blok asrama SYAFIQAH....blok siti aishah!!!

ok laa...setakat ni je dulu cerita yg SYAFIQAH nak ceritakan...lain kali kita cerita-cerita lagi ok??!!.. senyum-senyum selalu.. =)

Wassalam....
Post by,
NURUL SYAFIQAH BT MD NOR
1K3
Smiles19

Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)

Pergi ke belukar memasang pikat,
      Pulangnya lewat di hujung petang;
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
      Rezeki secupak terasa segantang.

Indah nian pemandangan dunia,
      Dari timur hingga selatan;
Sikap berjimat amalan mulia,
      Orang boros sahabat syaitan.

Sungguh pahit buah peria,
       Dimakan juga dibuat sayuran;
Membesar belanja sikap sesia,
       Hanya menambah beban kewangan.

Singgah berehat di Kota Lama,
        Kuih dijamah air dihirup;
Berjimat cermat suruhan agama,
        Jika diamal sejahteralah hidup.

Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri

The River

Dicatat oleh Unknown di 3/25/2012 12:32:00 PG 0 ulasan
The RiveR

The River's a wanderer,
A nomad, a tramp,
He doesn't choose one place
To set up his camp.

The River's a winder,
Through valley and hill
He twists and he turns, 
He just cannot be still.

The River's hoarder,
And he buriesdown deep
Those little treasures
That he wants to keep.

The River's a baby,
He gurgles and hums,
And sounds like he's happily
Sucking his thumbs.

The River's a singer,
As he dances along,
The countryside echoes
The notes of his song.

The River's a monster
Hungry and vexed,
He's gobbled up trees
And he'll swallow you next.

Post by,
Syahira Syazwani

Sabtu, 24 Mac 2012

Poems: Leisure

Dicatat oleh Unknown di 3/24/2012 11:53:00 PTG 0 ulasan
Leisure

What is this life if, full of care,
We have no time to stand and stare.

No time to stand beneath the boughs
And stare as longs as sheep or cows.

No time to see,when woods we pass,
Where squirrels hide their nuts in grass.

No time to see, in broad daylight,
Streams full of stars, like stars at night.

No time to run at Beauty's glance,
And watch her feet,how they can dace.

No time to wait till her mouth can
Enrich that smile her eyes began.

A poor life this is, full of care,
We have no time to stand and stare.

Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri

Miskin Bukan Bermakna Gagal

Dicatat oleh Unknown di 3/24/2012 11:28:00 PTG 1 ulasan

 Miskin Bukan Bermakna Gagal

Aku dan sahabat baikku,Rina barasal daripada keluarga yang miskin.Kami tinggal berjiran dan tinggal sekampung.Ibu bapa kami menjadi pesawah.Pada tahun ini kami pergi ke sekolah bersama-sama dengan basikal.Pada tahun ini kami  akan menduduki peperiksaan  Penilaian Menengah Rendah (PMR).Pada setiap petang dan hujung minggu,aku dan Rina sering membantu ibu bapa kami di sawah.

      Kami berdua pergi ke sekolah bersama-sama. Kami juga sering menghabiskan masa bersama-sama untuk mengulang kaji dan berbincang tentang pelajaran. Ibu bapa juga sering menasihati kami supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.

      "Hanya pelajaran yang akan menjadi harta yang berguna kepada kamu kelak." Pesanan ayah itu menjadi kata-kata keramat bagiku untuk berjaya.

      Walaupun persekolahan sudah berlangsung selama sebulan, aku masih belem membayar yuran peperiksaan. Untuk meringgankan beban ayah,aku meminta ibu membuat kuih untuk dijual pada waktu petang. Akhirnya,wang untuk membayar yuran sudah mencukupi dan aku berasa lega. Aku dan Rina juga tidak mampu untuk membeli buku rujukan. Jadi, kami mengambil keputusan untuk meminjam buku daripada perpustakaan sekolah dan perpustakaan bergerak di kampung kami.

      "Kita mesti berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup." Rina pernah memberitahu aku semasa kami sama-sama belajar." Ya, kita harus membuktikan bahawa orang miskin macam kita juga boleh berjaya." Aku pula mencelah.

      Oleh yang demikian,kami berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan jemu. Semuanya demi sebuah kejayaan yang gemilang dalm peperiksaan PMR.

      Walaupun kami sibuk belajar, namun kami masih mempunyai masa untuk membantu ayah dan ibu di sawah. Ayah melarang kami sawah,tetapi kami ingin membantunya. Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan ayah.

      Pada hujung tahun, keputusan peperiksaan diumumkan. Semuanya pelajar sibuk ke sekolah, tidak terkecuali aku dan Rina. Oh, Tuhan! Syukurlah aku dan Rina telah menjadi pelajar terbaik sekolah. Ya, kami berupaya membuktikan kemiskinan kami bukanlah penghalang sesebuah kejayaan.

Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri

sekolahku hebat

Dicatat oleh Unknown di 3/24/2012 11:20:00 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
woohoo!!!sekolahku hebat!!! saya rasa sangat 'sekolahku hebat' datang ke sekolah...Dapat jumpa abang Azrul,ada macam-macam aktiviti menarik dan yang paling best dapat VITEGEN FREE...Tapi yang tak best, tak dapat masuk tv...kamera tu bukannya nak rakam muka kami yang comel ni :..
goyangkan badan kakak-kakakku sayang ;)
secara peribadi,kami pun nak naik ke atas pentas tapi ada peluang
sebelum buat apa-apa, senaman la dulu  kakak-kakak tingkatan 2 nampak sangat seronok...senaman macam tak ingat dunia...
last sekali kami dapat vitegen free
banyak lagi gambar waktu tu sila la ke lawan sesawang in untuk melihat banyak lagi gambar : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.362089090476935.92100.333303080022203&type=3
 sila la 'check' kalau ada masa..

bye ...
salam sayang,
alya nazifa bt yahaya

poem:The Sea

Dicatat oleh Unknown di 3/24/2012 11:18:00 PTG 0 ulasan

The sea

When you're at the beach you might see
surfers riding out to sea.

When you're at the beach you might see
seaweed flowing in the winter breeze.

When you're at the beach you might see
people crabbing for crabs to eat.

When you're at the beach you might see
sparkling water in the in the sea.

When you're at the beach you might see
sea shells on the sea shore.
Matthew Smi
Post By,
Anis Shuhada Azizan
Smiles19

Gejala Merokok dalam Golongan Remaja

Dicatat oleh Unknown di 3/24/2012 11:13:00 PTG 0 ulasan

Assalamualaikum.

Gejala Meroko dalam Golongan Remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

Post by,
Anis Shuhada Azizan
Smiles19

Nature.......

Dicatat oleh Unknown di 3/24/2012 11:01:00 PTG 0 ulasan

Assalamualaikum...

Nature

Nature is mighty
Nature is strong
Nature is usually always right
Nature is rarely ever wrong
Nature is beauty
Nature is moody
Nature
is smart
Nature always has the greater part
Nature is blue
Nature is green
Nature is every color possibly seen
Nature is true
Nature is beaming
Nature is dreaming
Nature is in every place
Nature is always with grace
Nature is true
Nature is you
Nature is me
Nature will forever be free.
Michael Carlson
Post by,
Anis Shuhada Azizan
Smiles19

A Friend Like You.....

A Friend Like You

A friend like you is like no other friend
A friend like you is a friend i dont regret meeting
A friend like you is like a friend i cant scream at or fight with
A friend like you is like having no worries in my life
A friend like you is a friend that i dont want to lose
A friend like you is like being in comfort all day
A friend like you is a friend i always wanted
A friend like you is awesomly awesome
A friend like you is random and funny
A friend like you is a friend that i love to death and i will never let go
A friend like you is a friend i can tell all my secrets to
A friend like you..
A friend like you is like the little sister ive always wanted
A friend that i can go to to tell them whats wrong
A friend like you is like having no dark days because you brighten them up
A friend like you is a friend that opens up my eyes and helps me avoid bad things
A friend like you is a type of friend that laughs at dumb things i say or do
A friend like you is a friend i am proud to call my best friend...
Jenni Cortes
Post by,
Anis Shuhada Azizan.

Suasana di Sekolah Baru

Dicatat oleh Unknown di 3/24/2012 06:08:00 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum

Hai kawan-kawan Anis lagi di sini.Sekarang Anis nak cerita pasal suasana di sekolah baru Anis.Sekarang Anis dah tak duduk di sekolah rendah tapi Anis di sekolah menengah.Kawan-kawan pun faham kan kalau sekolah baru maksudnya kawan baru,cikgu baru,kelas baru semuanya barulah.Jadi ni lah yang Anis nak kongsikan sekarang ni.Anis pada mulanya rasa tak biasa dengan suasana di sekolah baru almaklumlah pelajar paling 'junior'.Apa pun Anis tak tau lagi masa hari orientasi tu kantin pun tak tau kat mana lagi hihihi kelakar betul.Tapi sekarang Alhamdulillah,Anis dah dapat nak biasakan diri dengan persekitaran sekolah baru Anis walaupun Anis tak kenal semua cikgu lagi tapi Anis akan cuba untuk kenal nanti.Jadi sampai di sini sajalah perkongsian Anis dengan kawan-kawan jangarn lupa komen tau dan lawatilah blog Anis dan kawan-kawan Anis ini.Semoga bahagia selalu dan Sentisa Senyum.

Assalamualaikum,
post by,
Anis Shuhada Azizan
Smiles19

Ujian Bulan Mac

Dicatat oleh Unknown di 3/24/2012 05:36:00 PTG 0 ulasan

Assalammualaikum.

Hari ini Anis nak cerita pasal ujian bulan Mac.Ujian ini semua murid kelas K(Khas)mesti dapat 8A maksudnya dapat semua A dalam setiap matapelajaran.Kalau dapat selain A kena buat ujian semula untuk dapat A.Ujian ini sederhana saja tak susah dan tak senang.Ada subjek yang susah dan ada subjek yang agak senang.Keputusan Anis Rahsia........

Welcome To Smiles19 World ! Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea