Miskin Bukan Bermakna Gagal
Aku dan sahabat baikku,Rina barasal daripada keluarga yang miskin.Kami tinggal berjiran dan tinggal sekampung.Ibu bapa kami menjadi pesawah.Pada tahun ini kami pergi ke sekolah bersama-sama dengan basikal.Pada tahun ini kami akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Pada setiap petang dan hujung minggu,aku dan Rina sering membantu ibu bapa kami di sawah.
Kami berdua pergi ke sekolah bersama-sama. Kami juga sering menghabiskan masa bersama-sama untuk mengulang kaji dan berbincang tentang pelajaran. Ibu bapa juga sering menasihati kami supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.
"Hanya pelajaran yang akan menjadi harta yang berguna kepada kamu kelak." Pesanan ayah itu menjadi kata-kata keramat bagiku untuk berjaya.
Walaupun persekolahan sudah berlangsung selama sebulan, aku masih belem membayar yuran peperiksaan. Untuk meringgankan beban ayah,aku meminta ibu membuat kuih untuk dijual pada waktu petang. Akhirnya,wang untuk membayar yuran sudah mencukupi dan aku berasa lega. Aku dan Rina juga tidak mampu untuk membeli buku rujukan. Jadi, kami mengambil keputusan untuk meminjam buku daripada perpustakaan sekolah dan perpustakaan bergerak di kampung kami.
"Kita mesti berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup." Rina pernah memberitahu aku semasa kami sama-sama belajar." Ya, kita harus membuktikan bahawa orang miskin macam kita juga boleh berjaya." Aku pula mencelah.
Oleh yang demikian,kami berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan jemu. Semuanya demi sebuah kejayaan yang gemilang dalm peperiksaan PMR.
Walaupun kami sibuk belajar, namun kami masih mempunyai masa untuk membantu ayah dan ibu di sawah. Ayah melarang kami sawah,tetapi kami ingin membantunya. Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan ayah.
Pada hujung tahun, keputusan peperiksaan diumumkan. Semuanya pelajar sibuk ke sekolah, tidak terkecuali aku dan Rina. Oh, Tuhan! Syukurlah aku dan Rina telah menjadi pelajar terbaik sekolah. Ya, kami berupaya membuktikan kemiskinan kami bukanlah penghalang sesebuah kejayaan.
Post by,
Syafiqah Ilyana Zamri
I have gone through your site information and it is the same opportunity that I was looking for. The facilities, the process that what you are offering are perfectly matched to my Expectation & very soon you will get Response from my side.
BalasPadam1980 Buick Regal AC Compressor