haa..hari ni SYAFIQAH nak share beberapa gambar yg mempunyai kata-kata semangat yg mampu membuat SYAFIQAH berasa lebih semangat. Bukan sahaja semangat untuk meneruskan kehidupan di dunia tapi juga bekalan di akhirat kelak. kata orang kita haruslah bersemangat dalam meneruskan kehidupan walaupun berbagai dugaan yg datang.
CINTA ALLAH ADALAH CINTA SEJATI YG KEKAL ABADI
eerrmmm...ayat ni dah menunjukkan bahawa kita haruslah mengadbikan diri
kepada ALLAH sama ada semasa kita susah atas senang.
mak SYAFIQAH pesan..janganlah hanya ingat ALLAH ketika kita susah sahaja
tetapi
ingatlah DIA sentiasa
agar hidup lebih diberkati...
TIADA AIR MATA YG DAPAT MENENANGKAN JIWA KECUALI AIR MATA
TAUBAT
zaman sekarang ni..SYAFIQAH perhatikan ramai remaja diluar sana
hidup dengan kehidupan yg terlampau bebas. mereka mampu menangis sehebat-hebatnya
kerana kehilangan seorang 'bf'
simpan la air mata itu hanya untuk PENCIPTA kita...
baru la TERBAIK~~
SESIAPA YANG TIDAK PERNAH MERASAI KEPAHITAN
TIDAK AKAN MENGENAL KEMANISAN
hhaaa...yg ni SYAFIQAH paling suka!
dulu...kaunselor sekolah SYAFIQAH penah cakap ayat seakan-akan ni.
kalau kita gagal bukan bermakna kita gagal selamanya..
kalau kita tak pernah gagal...kita takkan pernah rasa mahu bersyukur..
SYAFIQAH pasti yg kawan-kawan kat luar sana mesti ada jugak kata-kata semangat untuk diri sendirikan.. terapi diri mesti ada dalam diri kita agar kita sentiasa sedar dimana kita berpijak.
Wassalam....
Post by,
NURUL SYAFIQAH BT MD NOR
1K3
Smiles19
Post by,
NURUL SYAFIQAH BT MD NOR
1K3
Smiles19
0 ulasan:
Catat Ulasan