haaa...kali ni SYAFIQAH nak kongsi satu artikel yg SYAFIQAH baca kat dalam internet td. Petua menjadi pelajar cemerlang. Meh SYAFIQAH kongsikan sikit. lepas ni boleh la kita praktikan bersama.
- Belajar 3 jam sehari tidak termasuk kerja rumah
- Tidak ponteng kelas. jika tertinggal kelas salin nota dari rakan.
- Berbuat baik dengan guru. menghormati dan sayangi guru.
- Membaca doa sebelum mula belajar, selepas menunaikan solat dan sebelum menjawab soalan peperiksaan.
- Berehat sebentar ketika mengulangkaji pelajaran.
- Mengulangkaji secara bersendiri atau berkumpulan (mengikut kesesuaian diri)
- Jangan memupuk sikap suka menangguh dalam belajar
- Menggunakan masa terluang untuk mengulangkaji pelajaran
- Membuat rujukan kalau masih ada tajuk yg tidak difahami
- Patuh pada jadual belajar yg telah ditetapkan
- Berkongsi ilmu dengan kawan-kawan
- Menunaikan perintah Allah dan jauhi larangan-NYA
- Taat kepada ibu bapa
- Menjadikan nota-nota berwarna-warni dan kelihatan menarik
- Bertawakal kepada Allah
Kita perlu ingat ya kawan-kawan...seorang pelajar yg cemerlang adalah seorang yg cemerlang dari segi akhlak dan juga akidah serta pandai menjaga tingkah-lakunya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Jom kita amalkannya bersama!!
Wassalam....
Post by,
NURUL SYAFIQAH BT MD NOR
1K3
Smiles19
Post by,
NURUL SYAFIQAH BT MD NOR
1K3
Smiles19
0 ulasan:
Catat Ulasan